Berita Harian – Kilang PPE Iconic Worldwide hampir siap

Kemudahan pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE) Iconic Worldwide Bhd di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Kemudahan pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi sarung tangan dan pelitup muka Iconic Worldwide Bhd siap 70 peratus dalam tempoh hanya 100 hari pembinaannya.

Pengarah Urusannya, Datuk Tan Kean Tet, berkata kemajuan proses pembinaan kilang milik syarikat terbabitn terutama dalam industri pelancongan, pembangunan hartanah dan pembuatan PPE adalah lebih awal berbanding jadual.

Katanya, Iconic Worldwide juga sudah memulakan pemasangan mesin pembuatan sarung tangan di premis berkenaan.

“Pada awalnya, kami menyasarkan untuk menyiapkan kilang terbabit pada Julai 2021 dan memulakan operasi menjelang September 2021, namun kami menjangkakan ia dapat disempurnakan lebih awal.

“Perkembangan proses pembinaan luar biasa ini disokong usaha bersepadu pasukan Iconic Worldwide termasuk perunding, pekerja pembinaan dan pembekal,” katanya dalam satu kenyataan.

Kean Tet turut menjelaskan bahawa Iconic Worldwide memperoleh persijilan Pematuhan Eropah (CE) dan ISO untuk pelitup muka tiga lapis dan sarung tangan nitril, yang akan membolehkan syarikat itu mengeksport produk terbabit ke luar negara.

“CE adalah persijilan pentadbiran bagi menunjukkan kesesuaian dalam aspek kesihatan, keselamatan dan piawaian perlindungan alam sekitar bagi produk yang dijual di Kawasan Ekonomi Eropah, manakala ISO pula adalah standard bagi memastikan kualiti serta keselamatan bagi kedua-dua produk dan perkhidmatan untuk dagangan antarabangsa.

“Dengan ini, Iconic Worldwide dan Iconic Medicare kini berada pada kedudukan untuk membantu mengubah Malaysia menjadi pengeksport PPE yang lestari dengan simbol ‘Buatan Malaysia’,” katanya.

Disember lalu, anak syarikat milik penuh Iconic Worldwide, Iconic Medicare mengadakan upacara rasmi pecah tanah bagi kemudahan pengeluaran PPE dan akan memulakan operasi pengeluaran sarung tangan serta pelitup muka pakai buang.

Premis berkenaan dijangka menghasilkan kira-kira 3.5 bilion keping sarung tangan dan sekitar 220 juta keping pelitup muka setahun.

Berdasarkan harga jualan purata ketika ini, Iconic Worldwide menjangkakan pengeluaran sarung tangan dan pelitup muka, masing-masing menyumbang pendapatan RM1 bilion dan RM100 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.

Kean Tet berkata, Iconic Worldwide menyasar untuk menjadi peneraju pembuatan sarung tangan di dunia dalam tempoh lima tahun dan menetapkan sasaran menghasilkan 17 bilion sarung tangan bagi menguasai sekitar lima peratus pasaran global.

“Menerusi langkah mempelbagaikan perniagaan, kumpulan berharap dapat mengurangkan kebergantungan kepada segmen pelancongan dan hospitaliti dalam tempoh berkenaan, selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta menyumbang kepada ekonomi Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya.

Source : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/04/802430/kilang-ppe-iconic-worldwide-hampir-siap

View Brochure

Nitrile Powder Free Examination Gloves

NON-STERILE | DISPOSABLE | AMBIDEXTROUS

Products Benefits:
  • Fingertip Textured - To enhance wet and dry grip 
  • Latex Free - To provide an alternative solution for natural rubber latex allergic individuals. 
  • Excellent Fit and Soft feel - For outstanding comfort and protection 
  • Beaded Cuff - To makes donning easy and helps to prevent rollback 
  • Ambidextrous - For ambidextrous and straight fingers
Product Specifications:
Type: Powder free, Non-sterile
Material: Nitrile Butadiene Rubber
Size: S, M, L, XL
Colour: Blue

This will close in 0 seconds

View Brochure

Latex Powder Free Examination Gloves

NON-STERILE | DISPOSABLE | AMBIDEXTROUS

Products Benefits:

  • Natural Rubber (Latex) - To provide elastic soft, fit and feel  
  • Excellent Fit and Soft feel - For outstanding comfort and protection 
  • Beaded Cuff - To makes donning easy and helps to prevent rollback 
  • Ambidextrous - For ambidextrous and straight fingers
Product Specifications:

Type: Powder free, Non-sterile
Material: 100% Natural Rubber Latex
Size: S, M, L, XL
Colour: Natural

This will close in 0 seconds

View Brochure

Nitrile Powder Free Disposable Gloves

NON-STERILE | DISPOSABLE | AMBIDEXTROUS

Product Specifications:
Type: Powder free, Non-sterile
Material: Nitrile Butadiene Rubber
Size: S, M, L, XL
Colour: Blue

This will close in 0 seconds

View Brochure

Latex Powder Free Disposable Gloves

NON-STERILE | DISPOSABLE | AMBIDEXTROUS

Product Specifications:
Type: Powder free, Non-sterile
Material: 100% Natural Rubber Latex
Size: S, M, L, XL
Colour: Natural

This will close in 0 seconds